Selasa, Disember 13, 2011

sahut cabaran , kosongkan kerusi untuk Calon Muda BN/UMNO!!!

Abdullah Md. Ali umum tidak bertanding pada PRU-13

13/12/2011 2:25am

MUAR 13 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning Datuk Abdullah Md. Ali hari ini mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ahli politik veteran berusia 68 tahun menjadi wakil rakyat pertama di Johor yang menyahut seruan pucuk pimpinan UMNO untuk memberi laluan kepada calon-calon muda.

"Saya bersedia melepaskan kerusi DUN ini kerana ia adalah kerusi yang selamat bagi BN dan yakin ia boleh dimenangi oleh pengganti saya pada pilihan raya umum nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Tiada ulasan: