Rabu, Disember 07, 2011

Airasia mahu jaminan >> AIR ASIA MANJA???

Airasia mahu jaminan


Suasana ketika sidang akhbar media dengan pihak pengurusan AirAsia mengenai isu Terminal penerbangan tambang murah baharu, KLIA 2 di Sepang , semalam.


SEPANG 6 Dis. – AsiaAsia Bhd. (AsiaAsia) hari ini mahu Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memberi jaminan dalam bentuk perjanjian perkhidmatan (SLA) sebelum berpindah ke KLIA2.
Ketua Komersialnya, Jasmine Lee, berkata, SLA itu akan memberikan gambaran jelas tentang tawaran perkhidmatan dan prosedur pengenaan bayaran serta peraturan yang dikenakan kepada pengendali penerbangan tambang murah itu pada masa depan.
Beliau mengakui AirAsia amat bimbang bahawa MAHB akan menaikkan caj-caj apabila pihaknya beroperasi di KLIA2 dengan dakwaan lapangan terbang baharu itu menanggung kos yang tinggi.
‘‘Tiada jaminan daripada MAHB bahawa ia tidak menaikkan kadar caj, sedangkan ia terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi membina KLIA2.
‘‘Kami tidak mahu beban kos yang tinggi itu ditanggung oleh AirAsia. SLA diperlukan supaya masalah semasa yang dihadapi kami tidak berlarutan di KLIA2 nanti,’’ kata beliau di sini pada sidang akhbar yang kemudiannya berubah menjadi medan perdebatan antara AirAsia dan pihak media.

Tiada ulasan: