Selasa, Disember 13, 2011

JENAYAH MELALUI UTUSAN MALAYSIA.. BACALAHH..

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Polis berjaya membongkar taktik terbaru penipuan Internet yang didalangi sindiket warga Afrika selepas dua ahli perniagaan luar negara mendakwa kerugian hampir RM1 juta apabila akaun e-mel syarikat mereka digodam oleh sindiket berkenaan.

PULAU PINANG 12 Dis. - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini dengan penahanan lima lelaki warga asing dan merampas 72.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14.4 juta di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bebas, Batu Maung, Jumaat lalu.

SUBANG JAYA 12 Dis. - Cubaan seorang lelaki warga Afrika untuk melarikan diri dalam operasi di Pangsapuri Baiduri Court, Bandar Bukit Puchong 2 di sini, menerima padah apabila suspek tersungkur di tangga dan terpaksa menerima 10 jahitan di kepala, malam tadi.

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Warga Afrika yang mendalangi jenayah siber bukan sahaja licik menjerat wanita dan lelaki kesunyian dengan cinta, tetapi mereka juga bijak mempengaruhi golongan hartawan sehingga sanggup menyerahkan wang yang banyak kepada mereka apabila dipelawa menjadi rakan kongsi dalam perniagaan.

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendapati indeks jenayah penipuan melibatkan warga Afrika di negara ini sudah mula menunjukkan penurunan ekoran beberapa siri serbuan terhadap rakyat dari benua itu, sejak kebelakangan ini.

Tiada ulasan: