Rabu, Disember 07, 2011

Mahkamah tolak saman Mat Sabu ke atas Utusan >> PERGHHH... UNTUNG LA SERANG MAT SABU 2MINGGU FREE...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman sivil Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O'Hara membenarkan bantahan awal yang ditimbulkan pleh peguam Utusan Malaysia yang mendakwa saman itu remeh dan menyusahkan selain ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

pengukir nama johor mat sabu 050911Hakim O'Hara juga mengarahkan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, untuk membayar kos RM5,000.

Utusan diwakili oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun  manakala Mat Sabu pula diwakili oleh Azhana Mohd Khairudin.

Tiada ulasan: