Ahad, November 07, 2010

Pesakit tak sangka hospital jual bayi


sumber

2010/11/04

KUALA LUMPUR: Hospital swasta Jalan Ipoh yang diserbu polis kerana didakwa menjual bayi, dua hari lalu masih ditutup dan pintu utama hospital itu berkunci.

Tinjauan Berita Harian mendapati beberapa orang termasuk pesakit yang mempunyai temu janji dengan doktor di hospital itu juga terpaksa pulang. 


Notis yang ditampal memaklumkan hospital itu ditutup kelmarin masih tergantung di pintu, selain ada beberapa surat terselit di pintu utama hospital. Seorang wanita yang mempunyai temu janji dengan doktor di hospital itu berkata, dia sepatutnya menemui doktor di situ hari ini (semalam) tetapi apabila tiba di hospital ia ditutup.

“Saya bertanya kepada orang ramai sebelum diberitahu hospital itu ditutup selepas diserbu polis tiga hari lalu.

“Saya ada baca dalam akhbar tetapi tidak menyangka hospital ini,” katanya.

Tiada ulasan: