Sabtu, November 06, 2010

MAS batal semua penerbangan keluar, masuk Alor Setar


SUMBER

2010/11/05

KUALA LUMPUR: Semua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) keluar dan masuk ke Alor Setar masih dibatalkan lanjutan penutupan Lapangan terbang Sultan Abdul Halim.

MAS, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh menukar tiket mereka untuk penerbangan keluar atau masuk ke Pulau Pinang atau Langkawi.

 Bagaimanapun, lain-lain perkhidmatan di lapangan terbang tidak termasuk dalam tawaran itu. 

Menurut MAS, mereka yang sudah membuat tempahan boleh menukar tarikh penerbangan tanpa sebaran bayaran walau apa jenis tiketnya, sehingga 15 November ini atau mereka boleh dapatkan kembali wang bagi tiket yang sudah dibayar mengikut prosedur pemulangan biasa, bergantung jenis tiket.

Tiada ulasan: