Dalam kes Teng adalah dipercayai kurniaan itu datangnya daripada pihak istana sendiri yang mempunyai prerogatif mencadangkan pilihan mereka.
Namun pengurniaan itu yang dijadualkan pada 11 Disember ini sempena hari keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah menyaksikan pelbagai reaksi daripada ahli-ahli DAP Selangor yang akan mengundi pada pemilihan parti itu Ahad ini bagi memilih kepimpinan baru.
'Seteru' Teng yang dilabelkan sebagai Kumpulan Perpaduan mendakwa pemimpin kebangsaan dan negeri tidak dirujuk berhubung perkara itu dan penerimaan kurnian berkenaan memecahkan tradisi parti.
Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, yang merupakan sekutu Kumpulan Perpaduan juga mendedahkan perkara itu di laman Facebook malam semalam.
"Adakah awak akan sokong jika ada ahli DAP dikurniakan gelaran Datuk oleh Sultan?” soal Lim di Facebook dan tinjauan mendapati ramai yang menyokong pengurniaan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan