Isnin, November 22, 2010

MPSJ dinobat kerajaan tempatan paling berjaya di Selangor. TAHNIAH!

sumber
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 22 Nov: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah dinobatkan sebagai antara pihak berkuasa tempatan paling berjaya di Selangor sepanjang tahun 2010 ini apabila berjaya memenangi dua anugerah dalam satu majlis hari ini.

MPSJ telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor untuk tahun 2010 melalui Sistem STAR Rating Individu dan membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan Sijil.

MPSJ juga berjaya menduduki tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC) dan menerima Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor (AIMBS) dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.00.

APPC merupakan salah satu bentuk pengiktirafan yang diwujudkan khas untuk jabatan dan agensi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam 7 kriteria khas penilaian.

Kriteria yang dimaksudkan ialah Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan ICT, Pengurusan Projek Pembangunan, Pengurusan Sumber Manusia, Perkhidmatan Teras  dan Pengurusan Pelanggan.

Pada tahun ini, sebanyak 41 jabatan dan agensi di Negeri Selangor telah menyertai APPC. Sesi penilaian dan pemeriksaan dokumen telah dilaksanakan mulai 29 September hingga 27 Oktober 2010 oleh Panel-panel khas yang dilantik, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat SUk Selangor hari ini. 

---------------------------
respon : TAHNIAH! NEGERI YANG KAYA.. INSYA ALLAH AKAN DIMURAHKAN REZEKI LAGI...

Tiada ulasan: