Ahad, November 07, 2010

Banjir: Lebih 21,000 dipindah di Kota Setar. Kerajaan Negeri teruji...

sumber
Harakahdaily   
ALOR SETAR, 7 Nov: Biarpun banjir di beberapa kawasan di Kedah semakin pulih, namun jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kota Setar terus meningkat.

Sejumlah 21,058 mangsa dengan jumlah keluarga 5,050 telah dipindahkan, berbanding 19,591 orang petang semalam di daerah itu.

Pengarah Lojistik pasukan Unit Amal PAS, Mohd Zad Abdullah ketika dihubungi berkata kesemua mangsa di daerah ini kini ditempatkan di Sekolah Menengah Agama Alor Setar.
"Alhamdulillah sehingga kini kita terima banyak bantuan untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa di sini.

"Cuma satu sahaja masalah kita, usaha untuk memindahkan mangsa banjir agar sukar kerana lauan kita tersekat dengan air. Kita terpaksa guna alternatif lain, itu yang lambat sikit," katanya kepada Harakahdaily.

Sehingga kini lebih 120 anggota Unit Amal PAS dikerah membantu mangsa banjir di Kedah dan jumlah itu akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan

Tiada ulasan: