Selasa, November 09, 2010

Khalid tidak sokong Menara Warisan tapi berita harian cakap sokong???

sumber
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 9 Nov: Selangor sedia kerjasama dengan Persekutuan demi bangunkan Lembah Klang, tetapi tidak menyokong projek mega seperti Menara Warisan Merdeka, kata Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid berkata demikian dalam laman komuniti twiternya sekejap tadi.

Beliau dipercayai membetulkan laporan media sebelum ini yang mendakwa beliau menyokong cadangan pembinaan menara Warisan 100 tingkat itu.

Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan sokongannya terhadap cadangan membina  menara Warisan Merdeka 100 tingkat di ibu negara — yang bakal muncul bangunan tertinggi mengatasi Menara Berkembar Petronas, atas alasan usaha sedemikian akan merancakkan pembangunan negeri dan

----------------------------------
sumber berita harian

MB Selangor sokong projek menara 100 tingkat


2010/11/09

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata semua pihak harus menerima baik pelbagai projek yang diumumkan Kerajaan Pusat yang dikenal pasti berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia, termasuk cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat.

Bagaimanapun, katanya, semua projek itu perlu dibahaskan terlebih dulu bagi membincangkan sama ada ia benar-benar memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan atau di sekitarnya.

Tiada ulasan: