Ahad, Mac 28, 2010

LPKP (semenanjung) akan diambil alih 1 Jun 2010 oleh SPAD... SPAD tu apa?

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  diganti SPAD (bharian.com.my) 
2010/03/28
 
LANGKAWI: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Semenanjung akan dibubarkan dan fungsinya diambil alih oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique, SPAD akan mengadakan taklimat kepada Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan LPKP berhubung perkara itu. 

Beliau berkata, bagi tujuan itu, taklimat pertama SPAD pada awal April ini akan memfokuskan kepada kaedah penyerapan fungsi LPKP ke dalam SPAD yang ditubuhkan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
------------------------
yusz : Elok saya berkongsi ilmu sikit.. saya merujuk 
"http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA">> saya dapati :  
1) NKRA - PENGANGKUTAN AWAM- " Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan diwujudkan pada 2010. Ia sebagai kapten industri tunggal untuk menyelaras usaha kepada keseluruhan sistem pengangkutan awam. Kelemahan wujud kerana 12 kementerian terlibat dalam hala tuju pengangkutan awam."
2)Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12. NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009.[1] Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10.

Tiada ulasan: