Ahad, Mac 28, 2010

Antara isu P/raya kecil Hulu Selangor- I Malaysia=1 Israel..

Parlimen Hulu Selangor

 
Hashim Abdullah   
TEMERLOH, 27 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan akan dapat memenangi semula kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat di samping terlalu banyak isu yang semakin membebankan Umno/BN. 

Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dijangka akan diadakan dalam masa terdekat  berikutan kematian ahli parlimennya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam semalam.

Tuan Ibrahim (gambar) yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengulas perkembangan semasa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang selepas mempengerusikan mesyuarat PAS negeri, sebentar tadi berkata banyak isu yang berlaku menyulitkan Umno untuk menjawabnya.

“Banyak isu yang sedang berlaku sekarang membelenggu Umno. Kita ada tiga isu besar yang  membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim,  isu 1Malaysia 1Israel dan isu lompat parti. Isu ini akhirnya menjadi beban kepada mereka. Kesemua isu ini akan kita dedahkan dan Umno begitu sulit untuk menjawabnya.
-------------------------------
yusz : Banyak maksud jika Pakatan Rakyat menang, begitulah sebaliknya jika kalah... jika Pakatan Rakyat menang- betullllllllllll> BN dibenci sudah walaupun mereka diperkasakan dengan segala jentera media.. tapiiiiiiiiiiiiiiii jika PR kalah... > maknanya bahaya menanti pada PRU akan datang!

Tiada ulasan: