Rabu, Mac 24, 2010

Kursus Peningikatan Keguruan Guru Pasti Zon Tawau di Pasti Taman Ria 3, Tawau

Alhamdulillah bermula pada pagi Jumaat 19/3 hingga Sabtu petang 20/32010- Kursus Peningkatan Guru (Kali Pertama) Zon Tawau melibatkan peserta dari daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna berjaya dilaksanakan.. 

  
Kertas dasar @ ceramah disampaikan oleh mereka yang berwibawa berdasarkan tajuk yang ditetapkan Pasti Pusat.. (dalam gambar Ust Zulkafri pembentang pertama pada Jumaat 19/3). Guru pasti diberi giliran menjadi pengerusi majlis sebagai latihan...

  
Muka lama dan baru duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di sini... Sederhana sahaja, namun mantap!

  
Wajah ceria guru yang ikhlas menuntut ilmu demi mendidik anak-anak bangsa...

  
Syukur guru-guru sanggup menahan sabar dengan suasana ruang legar pasti yang agak sempit.. namun sempit kita tak seperti orang lama kita.. sempit, tiada kipas angin.. angin original... 

  
Giliran Ust Mohd. Nazri pula memberi input.. kalau tak ketawa tak sah.. itulah antara ciri menarik ceramah Ust Ketua Pemuda Tawau ini..

  
Tajuk yang penting-Sejarah Perjuangan Islam di Malaysia dan Sejarah Penubuhan Pas disampaikan oleh YDP Kaw-Bang Mohd Husain.. tajuk yang perlu disampaikan oleh orang yang sesuai- teori dan amali.. syukurlah beliau dapat luangkan diri berkongsi pengalaman pada hari Jumaat 815mlm hingga 9 45 malam.. kertas terakhir Hari Jumaat...

  
Tak cukup meja, di lantai pun apa boleh buat.. insya Allah, mengukuhkan lagi kekuatan jiwa... 

  
Kak Rahmah turut membentang.. 

  
Timb. Ketua Pemuda Pas Tawau dijodohkan  Allah sebagai Perasmi Kursus Keguruan pasti ini.. *kelihatan membuat draf ucapan sebelum berucap.. nampak simple orangnya.. itulah harapan warga Tawau Salahudin Al-Ayyubi Tawau menjelma kembali... 

  
terima kasih daun keladi.. jangan serik jika kami jemput lagi! 
*gambar kabur sikit

KAMI DARI UNIT LATIHAN KEGURUAN PASTI KAWASAN TAWAU MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA STAF PASTI KAWASAN TAWAU MEMBANTU MELANCARKAN PROGRAM, SEMUA PENCERAMAH YANG KOMITED TENTANG JAMAAH, AJK PAS KAWASAN, AJK DPPKT, AJK DMPKT DAN SEMUA YANG TELAH MENYUMBANGKAN IDEA, TENAGA, HARTA DAN SEBAGAINYA.. HANYA ALLAH SAHAJA YANG LAYAK MEMBALAS JASA BAIK TUAN/PUAN..



BERJUMPA LAGI DI KURSUS KE 2!!!



 

Tiada ulasan: