Khamis, Mac 25, 2010

Gempa lagi di Turki!

*sekadar hiasan - dasyatnya Bala Allah..

Gempa bumi 5.1 skala Richter gegar Turki

25/03/2010 2:33am

ANKARA 25 Mac - Satu gempa bumi 5.1 pada skala Richter menggegar wilayah Elazig, timur Turki hari ini, namun masih belum ada laporan ia mengakibatkan kecederaan atau kemusnahan.

Balai Cerap Kandili, Istanbul melalui laman webnya melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 4.12 petang waktu tempatan (10.12 malam ini waktu Malaysia) pada kedalaman lima kilometer dengan pusat gempa di antara kampung Gokdere dan bandar Palu.

Gegaran itu berlaku kira-kira dua minggu selepas satu gempa bumi kuat meragut berpuluh-puluh nyawa di wilayah sering yang terdedah dengan bencana alam tersebut.

Jurucakap pejabat Gabenor di Palu memberitahu AFP, buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan kecederaan atau kemusnahan. - AFP
----------------------------
yusz : Malaysia rasa amankah? .. kita bala macam lain kot.. bala ni datang menggerunkan.. kejadian bunuh/buang bayi tak gerun? bala lerrr ttuu.. :(

Tiada ulasan: