Khamis, Januari 21, 2010

PUSAT ASUHAN TUNAS-TUNAS ISLAM (PASTI) FELDA UMAS, TAWAU DIARAH PINDAH, DALANGNYA UMNO UMAS?

Apakah UMNO Cawangan Kilang Sawit Felda Umas terlibat dengan arahan 'pemindahan PASTI' ini? 
Saya merujuk Pengerusi Surau Perumahan Staf Kilang Sawit( di mana Pasti beroperasi), membuat panggilan telefon berulang kali sejak Selasa malam  Rabu hingga Rabu malam Khamis.. mengirim sms untuk mengadakan perbincangan berkaitan 'ura'Pasti Felda Umas akan dipindahkan @diarah pindah ke tempat lain.. mahu tahu mengapa? Jika pihak berkaitan boleh menerima tawaran berbincang, alhamdulillah.. namun hingga ke saat ini diskusi belum dibuat dan En. Rosli (Ketua UMNO Caw Kilang Sawit Umas) bersetuju untuk berjumpa saya.. dan bukan pengerusi surau tadi.. hairan juga kami.. pengerusi surau yang Islamik, yang pernah membaca harakah.. bilal di Masjid Felda Umas, kini menjadi insan sepi tanpa berita bahkan mengelak pertemuan dengan saya dan rakan-rakan yang ketagih 'perdebatan' ini.. 


Pengerusi surau En. Mail Kopong hanya membalas sms saya semalam (bila saya bertanyakan masa lapang selepas Isyak semalam untuk berdiskusi) dan jawapan beliau :letih dan sila rujuk En. Rosli untuk hal berkaitan surau... itu sahaja jawapannya..


Seakan-akan ingin melarikan diri dari singa sahaja kelakuannya.. kami tak pernah bermusuh sebelum ini.. bahkan saya dan rakan-rakan cukup menghormatinya sebagai pengerusi surau di mana operasi Pasti dijalankan.. 


Pasti menjalankan operasi pada siang hari dari jam 8 pagi hingga 12 t/hari.. tengah hari bebas kepada staf atau orang awam untuk menunaikan solat di situ.. maghrib hingga isyak dijalankan pula aktiviti kelas pengajian Quran.. itupun bukan ada kaitan dengan politik.. 


Solat berjemaah jarang dihadiri oleh staf kilang sawit.. Khamis petang, dijalankan kelas takmir oleh saya yang mendapat tauliah Jakim, Caw sabah.


Jadi, mengapa Pasti mahu dipindahkan? apakah kerana saya (penyokong Parti Islam) berada di sebalik PASTI dan pihak UMNO tidak suka kepada PAS, maka begitu mudah aktiviti Pas (PASTI) disingkirkan?? apakah UMNO tidak merasakan bahawa mereka sebenarnya MENYINGKIRKAN ISLAM ??? Kerana Pasti adalah aktiviti bukan maksiat.. aktiviti ibadah.. mendidik generasi muda untuk dekati Islam.. apakah UMNO tidak suka Islam? ternyata jika ianya menjadi kenyataan dan disahkan nanti oleh En. Rosli, maka sahlah UMNO BENCI ISLAM DAN UMNO DALANG DI SEBALIK APA YANG BERLAKU YANG MENYUSAHKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!

Harapan saya, agar pembaca artikel ini mendoakan KERUNTUHAN DAN KEBINASAAN UMNO DI MALAYSIA!!! TAKBEEER!!!


 

Tiada ulasan: