Isnin, Januari 11, 2010

D' Green Shoppe & Cafe.> MEMIMPIN PERUBAHAN KEDAI PARTI ISLAM...

Presiden PAS lancar D' Green Shoppe & Cafe | Print |  E-mail
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyokong penuh usaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memperkasakan bidang ekonomi dengan membuka 'One Stop Halal Hub' yang menjual pelbagai produk keluaran Muslim, D' Green Shoppe & Cafe.
Abdul Hadi dalam ucapan perasmian kedai serbaneka berkenaan di tingkat bawah Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini semalam berharap agar DMPP memanfaatkan perniagaan yang diusahakan itu, bukan sahaja untuk menjana pendapatan tetapi juga menjadikannya sebagai medan memperkenalkan konsep perniagaaan Islam kepada pelanggan.
(Gambar: Abdul Hadi menjadi pembeli pertama di kedai itu)



"Bidang perniagaan bukan sahaja merupakan cabang rezeki yang terbesar tetapi juga pembawa dakwah yang terbesar.Kalau kita melihat sejarah dahulu, bidang ekonomi telah menyebarkan Islam dengan luas di rantau ini.


"Kalau Dewan Pemuda terkenal dengan pengurusan PASTInya, Dewan Ulama' terkenal dengan institusi pendidikan pondoknya, Dewan Muslimat pula ingin mengikut jejak langkah isteri Rasululullah S.A.W, Siti Khadijah yang berjaya dalam bidang ekonomi.


D' Green Shoppe & Cafe dibuka oleh DMPP melalui Lajnah Ekonominya dengan modal sebanyak RM30,000 dan akan beroperasi tujuh hari seminggu dari jam lapan pagi hingga 10 malam.

(Gambar: MB Kedah, Azizan juga turut membeli belah di situ)
"

Kedai serbaneka berkonsepkan 'layan diri' ini menjual pelbagai produk keluaran Muslim terdiri daripada makanan dan minuman seperti roti, kek, kerepek, jus buah-buahan dalam botol dan tin, makanan sejuk beku, produk kesihatan dan juga buku-buku ilmiah selain busana muslimah.

Selain itu, kedai berkenaan turut menyediakan menu makan pagi, tengahari dan malam yang disediakan oleh tiga tukang masak tetap.

Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Kewangan DMPP, Khadijah Mahmud, perniagaan ini juga merupakan salah satu cara untuk membantu golongan ibu tunggal dalam PAS yang ingin menambahkan pendapatan.
 

Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pembekal atau menghantar produk mereka ke D' Green Shoppe & Cafe boleh menghubungi pengurusnya,  
Wan Syamsiah di talian 019-947 6844.

YUSZ FELDA :
ALHAMDULILLAHH.. MUDAH2AN RANC. PEMUDA PAS TAWAU NAK BUKA KEDAI AKAN MENJADI KENYATAAN.. JIKA BERMINAT bertanya hal MELABUR, boleh tel saya.. 019-4548454. Nanti saya rujuk sdr JUpri..

Tiada ulasan: