Jumaat, Januari 29, 2010

Antara sebab kematian di jalan raya, JPJ kesan bas dipandu 170km/j?

Bas pecut 170 km/j


SALIM Parlan memeriksa buku log bas semasa menjalankan Operasi Pra-Ops Sikap di Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi kelmarin.


KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kita sering melihat di bahagian belakang badan bas ekspres tertera had kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya iaitu 90 kilometer sejam.

Tetapi apa yang disaksikan oleh wartawan Utusan Malaysia ketika menyertai operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Lebuh Raya Utara Selatan kelmarin, amat mengejutkan.
Ia kerana dalam operasi itu, JPJ mengesan seorang pemandu 'pelesit' ke Johor Bahru memandu dengan kelajuan 170 kilometer sejam.

Walaupun melakukan kesalahan memandu hampir dua kali ganda daripada had laju 90 kilometer di Kilometer 165.4, berhampiran Henterian Sebelah Tangkak, namun pemandu tersebut terlepas daripada tindakan undang-undang.
----------------
mahkamah-akhirat:.. roadblock yang kerap setiap 120 km ka.. kiranya dalam anggaran 2 jam.. boleh membuka mata drebar sikit.. ATAU ejas gear atau pedal minyak jika ditekan pun hanya mampu 90km/j  juga.. guane?

Tiada ulasan: