Isnin, Januari 04, 2010

Isu Nama Allah! Pas bermesyuarat malam ini!

| Print |  E-mail
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.


Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.

yusz felda : alhamdulillah, BN dan PR masing-masing peak dengan isu ini.. iayalah.. isu agama.. Hakim Bukan Islam biasalah.. dia ada muyul(kecenderungan) untuk bela agamanya atau agama bukan Islam.. ini 1 cth kelemahan umat Islam sendiri.. kedai judi yang banyak, mengapa NGO tak bantah ramai-ramai, beri memo kepada PM? em.. harap semangat berterusan lah..

Tiada ulasan: