Jumaat, Julai 31, 2009

PAKATAN RAKYAT - PAS & DAP & KEADILAN MAKIN KUKUH


PAS buat kerja ikhlas, tak perlu riuh-riuh. Tapi kadang-kadang kena cerita pada awam bahawa kita berusaha mengIslamkan jemaah kita sebagaimana tuntutan agama. Antara kehendak agama, menegakkan keadilan hatta bersama bukan Islam. Ikutilah laporan pastawau88.blogspot.com>>>

Tawau, Isnin - Satu pertemuan khas antara pemimpin Pakatan Rakyat Tawau telah diadakan hari ini bagi membincangkan isu kematian mengejut Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.


Perbincangan yang mengambil masa hampir 2jam itu diadakan di Pejabat PAS Kawasan Tawau telah menemukan wakil PAS,DAP dan PKR.PAS diketuai oleh Sdr Mohamad Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau,Sdr Darmanshah Lamasa, Timbalan Ketua Pemuda dan Saudara Mohd Kasman AJK Dewan Pemuda PAS Tawau, DAP pula diketuai oleh YB Jimmy Wong ADUN Sri Tanjung,Chan Foong Hin,Mr James dan sdr Fung Thin Yein manakala PKR diwakili oleh En. Gan dan En Nasaruddin.



Satu sidang akhbar akan diadakan esok pagi bagi memaklumkan pendirian pihak Pakatan Rakyat Kawasan Tawau berhubung dengan kes kematian Teoh yang mendapat liputan diseluruh negara.

Semua wartawan akhbar tempatan dijemput untuk menghadiri sidang akhbar itu yang diadakan pada :

Tarikh : 21 Julai 2009
Tempat : Pejabat PAS Kawasan Tawau
Masa : 10pagi

Tiada ulasan: