Ahad, Julai 26, 2009

En. Hu Pang Chaw Pengerusi Kelab Penyokong PAS Memikat Hadirin di Tawau

Alhamdulillah... ceramah pakatan rakyat tadi (berakhir) kira-kira jam 11 malam membuatkan yang hadir tidak bergerak dari tempat duduk masing-masing.. ini kali pertama saya mendengar ceramah DR Mujahid serta gandingan mantap beliau pada masa ini iaitu En. Hu Pang Chaw.. Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia..

Info terkini isu semasa agak jelas dan mudah difahami yang hadir termasuk kes kematian misteri seorang saksi (Bukan Orang Kena Tuduh) di bangunan SPRM berjaya diulas oleh DR Mujahid...

Sebelum itu, En Hu Pang Chaw membuka mata yang hadir tatkala banyak meluahkan perasaan seakan-akan beliau seorang muslim.. tidak hairanlah beliau yang berasal dari Kedah, menetap di Kelantan lebih 20 tahun banyak belajar dari Tuan GURU MB.. Islam tak jelas dek kejahatan UMNO!

Rugilah istilah yang senang bagi siapa yang tak hadir..

Itulah berkat majlis ilmu.. kita hadir meraikan tetamu yang datang ke kampong kita, apatah lagi anak tok guru PAS.. Dr Mujahid merupakan anak Tuan Guru Hj Yusuf Rawa..

Kalau boleh, nak lagi ilmu.. Insya allah 2 Ogos 2009 nanti Tuan Guru Haji Hadi akan datang ke Tawau.. siap-siapkan diri kita, adjust2 lah masa agar kita tak terlepas peluang yang jarang-jarang boleh kita temui orang alim ini..

Sabah bisa berubah!

Tiada ulasan: