Ahad, Julai 26, 2009

Gua Tabiklah Felda Umas, Tawau!

Cayalah! Di Felda ini lah saya diberi kepercayaan untuk membaca khutbah dan imam Solat Jumaat sejak di'posting' mulai 2001 hingga 2009.. ketika itu, pihak Felda mempunyai pegawai sosial yang islamik.. kebanyakan pegawai ini pro agama..

Kita diberi peluang dan ruang yang luas untuk mengarang sendiri teks khutbah yang kadang-kadang melangkau tahap kefahaman sidang Jumaat!

Kini, sekatan dan usaha untuk menutup ruang umat Islam memahami Islam yang sebenar cuba disekat oleh pihak pengurusan Felda yang pro BN/UMNO dengan meminta kami para khatib agar menggunakan teks JAKIM atau dari FELDA...

Antara alasan ada di antara khatib yang berpolitik semasa berkhutbah.. betul? inilah masalah bila pengurus tidak faham agama.. khutbah yang mahu bercerita hal keagamaan termasuk politik tidak boleh? apakah politik tiada dalam Islam?

Hal khutbah ingin disekat, hal masalah sosial di FElda tidak disekat sebegitu rupa.. MENGAPA TUAN PENGURUS BEGINI???

Tiada ulasan: