SUMBER
Posted on Wednesday, December 29 @ 00:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: wfauzdin_ns
"PADA 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.
Dan, semalam diumumkan oleh Najib bahawa Adun Bagan Pinang ini dilantik sebagai Pengerusi FELDA yang baru berkuarkuasa Jan 2011 bagi menggantikan Dr Yusoff Noor yang dilantik pula sebagai Penasihat di dalam Felda.
Di dalam keadaan FELDA dengan berbagai dakwaan ketirisan serta penyelewengan, tokoh seperti Isa Samad ini dianggap oleh Najib sebagai penyelamat FELDA. Orang yang pernah diambil tindakan kerana rasuah ini, diharapkan untuk menjaga FELDA? Kesihan kepada para peneroka FELDA, dipersendakan nasib mereka.
Sudah tiada tokoh lagikah yang rekodnya bersih dan boleh dipercayai untuk diharapkan menjaga nasib para peneroka selain dari Isa Samad? Cuba Najib beri satu sahaja fakta atau faktor yang menunjukkan hebatnya Isa Samad? Mengapa dibawa orang seperti ini ke dalam FELDA?
Kita tidak tahu apa integriti yang mahu diterapkan oleh Najib di dalam pentadbirannya. Adakah ini tahap `Pencapaian Di Utamakan'? Tidak tahulah jika para Peneroka FELDA masih lagi mempercayai kerajaan seperti ini sehingga nasib mereka sendiri pun dipersendakan sedemikian rupa./wfauzdin.blogspot.com"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan