Khamis, Disember 02, 2010

PAS puji bas wanita Rapid KL

SUMBER
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS memuji langkah pihak pengurusan Bas Rapid KL yang memperkenalkan bas khusus untuk wanita.
AJK PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata, langkah itu wajar dipuji kerana memberi faedah besar kepada kaum wanita.

"Sekali lagi tahniah atas perkhidmatan bas Rapid KL khusus untuk wanita.

"Satu peningkatan yang terpuji dan akan memberi faedah yang banyak kepada kaum wanita. Teruskan usaha-usaha baik ini," katanya kepada Harakahdaily.

Penghargaan sama turut disampaikan Dewan Pemuda PAS Pusat yang menyifatkan langkah itu sebagai bijak dan mesra wanita sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum hawa.

"Saya percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah seperti jenayah seksual, ragut dan sebagainya. Semoga usaha yang baik dan mulia ini.

"Walau masih diperingkat percubaan namun perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan," kata ketuanya Nasrudin Hassan.

Tiada ulasan: