Khamis, Disember 23, 2010

GEMPA BUMI DI DUNIA TERKINI!!!

ST 7578 M

Gempa melanda kepulauan Jepun

22/12/2010 10:29am

TOKYO 22 Dis. - Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan selatan Jepun hari ini.

Badan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, penduduk yang tingal berhampiran kawasan tepi pantai diarahkan berpindah sebelum kemungkinan berlakunya tsunami setinggi dua meter.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 3.19 waktu tempatan, di kedudukan 153 kilometer dari timur Chichi-shima yang terletak di kawasan pulau terpencil Jepun, Pulau Bonin pada kedalaman 14 kilometer. - AFP
------------------------------------------

Gempa kuat landa utara Indonesia

22/12/2010 2:21am

JAKARTA 21 Dis. - Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan pulau Sumatera di utara negara ini, hari ini.

Badan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa itu terletak berhampiran dengan lokasi gempa bumi yang berlaku pada Disember 2004 lalu.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi kuat itu menggegarkan pulau Simeulue pada kedalaman 27 kilometer, pukul 9.07 malam waktu tempatan dengan pusat gempanya di kedudukan 312 kilometer dari barat Medan, di tanah besar Sumatera dan 315 kilometer dari tenggara Banda Acheh, kata USGS. - AFP


SUMBER

Tiada ulasan: