Dua beranak rentung di kedai dobi
KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha kedai dobi dan anak perempuannya ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Batu Enam, Manir dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, Nor Laila Yaacob, 44, dan anaknya, Nor Hidayu Kauzi, 19, dari Kubang Kerian, Kelantan dipercayai terperangkap di dalam bilik di tingkat atas sebuah rumah kedai.
Selain kedai dobi milik Nor Laila, sebuah kedai menjual perisian komputer dan kedai kosmetik turut musnah dalam kejadian itu.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali dengan nama Mat, 36, berkata, ketika kejadian, dia melihat asap keluar dari sebuah tingkap di bilik atas kedai tersebut.“Beberapa orang penduduk cuba naik ke atas bumbung kedai untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal kerana api marak terlalu cepat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan