Rabu, Oktober 05, 2011

Setengah juta biri-biri mati akibat letusan gunung berapi. SUBHANALLAH!!

SUMBER

05/10/2011 12:35pm

BUENOS AIRES 5 Okt. - Kira-kira setengah juta ekor kambing biri-biri mati di Argentina akibat letusan gunung berapi Puyehe di Chile yang menyebabkan kebanyakan kawasan padang di wilayah Chubut diselaputi dengan abu. 

Kambing biri-biri itu kebanyakannya mati kerana tidak dapat mencari makanan akibat selaput abu itu dan ada yang mati kerana termakan rumput yang diselaputi abu beracun.

Abu-abu itu juga menyebabkan bulu kambing biri-biri itu menjadi berat lalu menyusahkan mereka untuk bergerak menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat. - Bernama

Tiada ulasan: