Selasa, Oktober 18, 2011

Jakim sebar maklumat garis panduan hiburan karnival,> TAPI TAK WAJIB IKUT??? APASAL..

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan karnival hiburan bagi memberi contoh kepada penganjur mengenai tatacara yang harus dipatuhi ketika menganjurkan karnival sedemikian.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata menerusi karnival terbabit, Jakim akan menyebarkan maklumat mengenai garis panduan yang wajar dipatuhi penganjur.

rock4rights concert in penang 020411 04"Ia merupakan garis panduan sahaja dan bukannya wajib diikuti, tetapi melalui karnival tersebut Jakim akan memberi nasihat dan panduan yang sewajarnya diikuti oleh semua yang terlibat di dalam penganjuran karnival hiburan," katanya kepada pemberita, di Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Buku 'Koleksi Doa Imam Masjid Negara' terbitan Masjid Negara dan Karnival BEST (Buat Elok Saja Tau).

Katanya karnival hiburan yang bakal dianjur Jakim itu menyamai Karnival BEST tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari di Laman 1Malaysia, Putrajaya, bermula 28 Okt ini.

"Kami akan menunjukkan bagaimana seharusnya penganjur karnival hiburan membuat karnival hiburan. Tidak salah untuk menganjurkannya namun haruslah dengan cara yang sesuai dan sewajarnya," katanya.

Tiada ulasan: