Jumaat, Oktober 28, 2011

Parti sederhana Islam menang pilihan raya di Tunisia>> MENUJU PERUBAHANNN

Parti sederhana Islam menang pilihan raya di Tunisia


2011/10/28

TUNIS: Parti Islam sederhana Tunisia, Ennahda yang diharamkan selama berdekad-dekad muncul sebagai pemenang rasmi pilihan raya pertama negara berkenaan
apabila memenangi 90 daripada 127 kerusi dewan perhimpunan yang akan merangka perlembagaan baru, lapor suruhanjaya pilihan raya, semalam.

Pengumuman yang dibuat menerusi televisyen rasmi negara berkenaan Ahad lalu mencetuskan kegembiraan buat negara kecil di Afrika Utara itu sekali gus membawa pembaharuan ke arah demokrasi selepas lebih setengah dekad diperintah di bawah sistem satu parti. - AP

Tiada ulasan: