Isnin, Oktober 24, 2011

GERAKAN TIDAK DIPERLUKAN DI SABAH? LIABILITI KPD BN SABAH? >> PANAS!!!!

Sentimen rakyat Sabah memerlukan atau lebih memihak kepada parti komponen BN tempatan berbanding daripada yang berpangkalan di Semenanjung.

bn supreme council mt meeting sapp sabah issue 190608 joseph kurupJusteru, kata presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup, beliau menyokong seruan yang mahukan parti Gerakan tidak meletakkan calon di Sabah tetapi sebaliknya menumpukan usaha memenangi kerusi BN di Semenanjung.

"Setiap kali kami masuk kampung mereka memberi tahu kami bahawa mereka sokong parti tempatan. Jadi, untuk tidak mengurangkan peluang kita memenangi pilihan raya akan datang, kami juga berpendapat bahawa Gerakan seharusnya memberi tumpuan di tempat-tempat mereka kalah dahulu," katanya dipetik Bernama selepas majlis Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2011 di Tanah Bencah Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, walaupun terdapat pemimpin Gerakan di Sabah yang memegang jawatan menteri dalam kabinet kerajaan negeri namum mereka memperolehnya secara teknikal dan bukan daripada sokongan rakyat.
gerakan ndc 161011Beliau mengulas kenyataan beberapa pemimpin Umno negeri yang mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menurunkan calon Gerakan bertanding di Sabah pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak tahu sebenarnya sokongan ini datang daripada rakyat atau tidak dan kita berpendapat, dari segi prinsip pun, kita mesti fokus tempat-tempat yang kita boleh menang.

"Kawasan yang kita kira boleh dimenangi oleh parti tempatan, saya rasa tidak ada sebab parti tempatan tidak boleh bertanding di kawasan itu," kata Kurup.

Jumaat lalu, Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata Gerakan sepatutnya menumpukan usaha memenangi kerusi BN di Semenanjung khususnya di Pulau Pinang.

election sabah 080304Lajim dipetik sebagai berkata langkah itu lebih penting demi memastikan kemenangan besar BN pada pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata sebaiknya calon mewakili Cina yang dipilih bagi negeri ini harus terdiri daripada parti yang telah lama bertapak seperti MCA, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Sebelum ini, ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata parti dari Semenanjung itu tidak mampu menang di negeri ini sekali gus akan menjadi liabiliti kepada BN

Tiada ulasan: