Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 6 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disaran hadir ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Dengan kehadirannya, sudah pasti beliau dapat mendengar sendiri semua ucapan pimpinan Bersih dan jemputan mereka terutama huraian lapan tuntutan berkaitan pilihan raya bersih dan telus dalam negara. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersetuju penuh dengan saranan agar Najib hadir sendiri di Stadium Merdeka, Sabtu ini untuk mendengar dengan lebih dekat lagi isu yang dibangkitkan Bersih mewakili lebih 60 NGO. "Ya elok sangat jika perdana menteri dapat hadir dalam Himpunan Bersih ini," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. Namun begitu Najib, ujarnya, tidak dijemput untuk merasmikan Himpunan Aman Bersih tetapi beliau boleh hadir sebagai penonton biasa sahaja seperti orang lain juga. Jika rakyat awam terpaksa berjalan, membawa peralatan berwarna kuning dan juga berbaju kuning, Najib digalakkan juga berbuat demikian, ujarnya lagi. Bersih pada asalnya akan diadakan dalam perarakan raksasa dari tiga lokasi menuju ke Istana Negara untuk diserahkan memo berkaitan oleh pimpinan Bersih. Namun selepas lebih 2,000 lapuran polis dibuat terhadap penganjur oleh puak-puak pengampu BN dan kumpulan 'carma' serta provokasi media menyebabkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong termasuk mengeluarkan titah baginda. Setelah tiga wakil Bersih menghadap baginda dan mendapat nasihat Istana, lokasi himpunan telah ditukar ke Stadium Merdeka. Kini hanya menanti masa dan ketika sahaja, himpunan jutaan rakyat akan berlaku secara aman tenteram dengan mendapat perkenan Agong. Namun sehingga kini, Bersih dilapurkan sebagai belum halal meskipun dalam titah Agong langsung tidak terdapat kalimah haram terhadap Bersih. Ekoran titah Agong, pimpinan Bersih mendesak pihak berkuasa akan memberikan laluan mudah kepada semua peserta Bersih untuk menjayakannya. Desakan itu termasuklah membebaskan mereka yang direman dan melupuskan semua tuduhan terhadap orang awam dan wakil rakyat terlibat. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Julai 06, 2011
PAS cadang Najib hadir himpunan Bersih 2.0?? BAGUS SANGAT!!!
SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan