Rabu, Julai 20, 2011

Economist akan siasat tapisan BERSIH 2.0


Majalah antarabangsa The Economist akan menyiasat tapisan atau suntingan Kementerian Dalam Negeri ke atas keluaran terbarunya berhubung laporan perhimpunan BERSIH 2.0 kata pengurus jenamanya Caroline Marrows.

"Kami akan siasat dakwaan itu,” katanya kepada Malaysiakini menerusi email.

NONE"Saya boleh sahkan sebarang bentuk tapisan dalam The Economist di Malaysia minggu lalu bukan kerja kami sendiri. Namun buat masa ini, kami tidak mahu mengulas lanjut.”

Marrows juga berkata majalah mingguan itu juga tidak akan membuat sebarang spekulasi berhubung motif kerajaan Malaysia membuat tapisan itu.

Kementerian Dalam Negeri telah menghitamkan beberapa bahagian dalam laporan majalah antrabangsa yang berpangkalan di London itu pada edisi 16 Julai berhubung perhimpunan BERSIH 2.0.

Laporan, 'Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners', menunjukkan beberapa ayat dihitamkan dengan pen penanda berdakwat kekal.

Dalam emel berasingan kepada Malaysiakini, timbalan editor The Economist edisi Asia John Parker berkata kerajaan Malaysia membuat tapisan tanpa memaklumkan kepada majalah itu terlebih dahulu.

Sementara itu, setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN Abd Aziz Md Nor mendakwa tindakan kerajaan menapis sebahagian daripada artikel itu adalah kerana laporan itu tidak tepat dan menggelirukan.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageAyat-ayat yang dipadamkan itu adalah berkaitan dengan dakwaan salah laku polis dan kerajaan ketika menghalang perhimpunan Julai 9 yang menyaksikan hampir 1,700 peserta ditangkap.

Laporan akhbar The Star, memetik Abd Aziz berkata keputusan dibuat setelah berunding dengan pihak polis dan kementeriannya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada penerbit majalah tersebut.
Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:
  • 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.
  • 'Perarakan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.
  • 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah dilihat menembak gas pemedih mata dan memancutkan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.

Tiada ulasan: