Harakahdaily |
![]() Tindakan itu sangat memalukan Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), kerana ia dianggap sebagai tindakan yang tidak profesional, lapor laman web Media Mesir. Pada 19 Julai lalu, salah seorang daripada mangsa telah menceritakan kronologi pembuangan mereka daripada asrama tersebut. Kekesalan itu turut dilahirkan oleh beberapa pimpinan persatuan pelajar, antaranya Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sendiri yang menegaskan bahawa JPMK sebenarnya tidak berhak ke atas Arma, apatah lagi menghalau penghuni-penghuninya daripada asrama tersebut. Hal Ehwal Wanita Islam (Hewi) PMRAM turut sama berganding bahu dalam menyatakan penafian mereka terhadap pencabulan hak mahasiswa. Mahfuzah Saidina Abu Bakar menyatakan kepada media bahawa Hewi PMRAM tidak akan berdiam diri dalam isu itu. ![]() Hewi PMRAM juga turut hadir dalam penyerahan memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa, pagi semalam. Turut sama dalam penyerahan memorandum tersebut, Aimi Athirah Azmi Murad, Timbalan Presiden II, Persatuan Perubatan. Keterlibatan mereka di dalam tindakan tersebut menunjukkan kebersamaan mereka dalam mengembalikan hak mahasiswa. Pada 20 Julai lalu, Desak gagal menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir. Beliau dan tiba di perkarangan Asrama Anak Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 9 pagi, selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Umno Mesir. Kemudian, anak-anak Melayu Wilayah Persekutuan telah mengadakan majlis ramah mesra. Setelah selesai program tersebut, pihak Desak telah berusaha bertemu dengan beliau untuk menyerahkan memorandum. ![]() Kekesalan diluahkan oleh para mahasiswa dengan tindakan tidak profesional mereka. Ketika para mahasiswa ingin membuat penyerahan tersebut, beberapa orang pengawal bertindak kasar dan melakukan beberapa provokasi bagi menghalang penyerahan tersebut. Namun, para mahasiswa tidak melakukan sebarang tindakbalas terhadap kekasaran tersebut. Ini kerana para mahasiswa telah dilarang oleh Desak daripada bertindak kasar, atau melakukan sebarang provokasi. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Jumaat, Julai 22, 2011
Bersih: 3 pelajar dihalau dari asrama
sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan