Ahad, Julai 31, 2011

Najib: Palanivel akan dilantik menteri penuh?? DEKAT DAH PRU 13 NI..


Aidila Razak
Jul 30, 11
4:49pm
Kongsi 133
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari mengumumkan bahawa presiden MIC Datuk G Palanivel akan dijadikan menteri penuh - iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) hari ini.


MIC 65th AGM pwtc crowd 2 piccKatanya, beliau akan mengikuti jejak zaman ayahandanya Allahtyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila terdapat dua orang India dalam kabinet.

"Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami.
"Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G Palanivel sebagai menteri penuh," katanya sambil menambah presiden MIC akan mengangkat sumpah tidak lama lagi.

Menteri berbangsa India di kabinet Najib sekarang adalah Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam yang juga adalah timbalan presiden MIC.

Sejak beberapa dekad yang lalu, bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menjadi wakil tunggal masyarakat India dalam jemaah menteri kerajaan BN.

Palanivel, yang dilantik sebagai seorang senator, hilang kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas mendudukinya selama empat penggal.
Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April tahun lalu, Palanivel digugurkan pada saat terakhir kerana mendapat tentangan BN, hususnya Umno Hulu Selangor.
Pertukaran
Sebaliknya, Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dinamakan sebagai calon di kerusi parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan beliau menang mengalahkan calon PKR dan menjadi ahli parlimen yang baru.
NONEPalanivel kemudian merajuk seketika sehingga dilantik sebagai senator dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri industri perladangan dan komoditi.
Adalah dipercayai MIC akan melepaskan dua jawatan timbalan menteri yang disandangnya sekarang bagi mendapatkan kerusi tambahan di kabinet.

Satu lagi kerusi timbalan menteri milik MIC dipegang oleh bekas pemimpin PPP Datuk T Murugiah, yang menyertai parti itu selepas berlaku perebutan kuasa dengan presidennya Datuk M Kayveas. Tempoh Murugiah sebagai senator berakhir tiga bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan Najib yang berkata beliau bersedia menerima pertukaran itu sebagai menghargai sokongan masyarakat India.

"Saya dengan lantang dan jelas. (Ucapan dasar Palanivel) beri jaminan jika kerajaan selesaikan masyarakat India, mereka akan kembali menyokong BN,” katanya.

Mengulas pengumumannya pada sidang akhbar selepas itu, najib berkata MIC membuat “pertukaran dua jawatan timbalan menteri untuk sebuah jawatan menteri penuh.”

Tiada ulasan: