Isnin, Julai 11, 2011

Ketua Pemuda PAS Sabah ditahan pakai baju Bersih

sumber
Harakahdaily   
KOTA KINABALU, 11 Julai: Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan seorang lagi aktivis Pemuda PAS ditahan oleh pihak polis sekitar jam 4.30 petang semalam ketika sedang minum di sebuah restoran di Alam Mesra.

Penangkapan Lahirul atas alasan beliau memakai baju Bersih2.0 manakala seorang lagi aktivis yang dikenali sebagai Mustaman hanya memakai baju-T biasa ketika ditahan.

Lahirul dan Mustaman terus dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk siasatan lanjut.
Beberapa orang pemuda daripada PAS dan AMK turut hadir ke Balai Polis Alam Mesra untuk mengikuti perkembangan penangkapan tersebut.

Mereka agak hairan mengapa kedua-dua aktivis pemuda tersebut dalam keadaan bergari ketika dibawa keluar dari Balai Polis Alam Mesra untuk dipindahkan ke IPD Karamunsing.
Menurut maklumat seorang peguam daripada Barisan Peguam Pakatan Rakyat Sabah, mereka berdua akan ditahan sehingga keesokan pagi dan dilanjutkan ke mahkamah untuk prosedur seterusnya pada hari yang sama.
Pemimpin kanan PAS negeri yang awal sampai ialah Hisammuddin Sulaiman ke Balai Polis Alam Mesra untuk mengikuti perkembangan itu.
Turut serta ialah Ketua Pemuda PAS Pensiangan.

Tiada ulasan: