Selasa, Februari 08, 2011

Hasutan: Shuhaimi tidak mengaku salah. JIKA KES BERPIHAK KEPADA SHUHAIMI, TAMPARAN HEBAT BUAT UMNO SELANGOR!

 SUMBER


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 7 Feb: Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei pagi ini tidak mengaku bersalah atas dakwaan menghasut di Mahkamah Sesyen Shah Alam ekoran tulisan dalam blog peribadinya.

Beliau didakwa ekoran tulisannya pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".

Shuhaimi yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi diiringi para pengikutnya serta tujuh peguam yang membela beliau.

(Gambar: Shuhaimi dikerumuni wartawan selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghasut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadii)

Beliau membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Shuhaimi dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.

Shuhaimi menulis tentang pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi yang disifatkan oleh musuh politiknya sebagai menghasut membenci Sultan Selangor.
----------------------------

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas tuduhan menerbitkan kenyataan menghasut dalam laman blognya pada Disember lalu. Shuhaimi yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. - Foto Roslin Mat Tahir (berita lanjut)
Feb 7, 2011 12:40 pm

Tiada ulasan: