Khamis, Februari 10, 2011

Biayai kos perundangan Shuhaimi satu penyelewengan KATA PAPER PRO BN!

SUMBER

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Langkah Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei disifatkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Yap Pian Hon berkata, ini kerana membiayai kos perundangan Shuhaimi yang kini menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana dakwaan menghasut, bukanlah satu urusan rasmi kerajaan negeri.
"Sewajarnya, dana kerajaan negeri atau mana-mana dana awam tidak dibazirkan bagi tujuan seperti itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Shuhaimi sebelum ini dituduh membuat kenyataan menghasut dan juga menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui blognya.
----------------------------------------------------------------
KOMEN SAYA :


MERUJUK KPD KATA-KATA MB SELANGOR DALAM BERITA ASTRO AWANI 501 BAHAWA KERAJAAN NEGERI BERSETUJU MEMBIAYAI KES TERSEBUT BERDASARKAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG! 

BUKAN MAIN HENTAM KROMO! INGAT PAKATAN RAKYAT JENIS 'BODOH' UNDANG-UNDANG?

Tiada ulasan: