Isnin, Februari 14, 2011

Abu Bakar Ba’asyir dituduh rancang, gerakkan tindakkan keganasan. BERDEPAN HUKUMAN MATI? PENJARA SEUMUR HIDUP?

sumber

14/02/2011 4:21pm

JAKARTA, 14 Feb. - Tokoh ulama Abu Bakar Ba’asyir hari ini dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merancang dan menggerakkan orang lain untuk melakukan jenayah keganasan.
Pemimpin pergerakan Islam, Jamaah Anshorud Tauhid (JAT) itu antara lain dituduh terlibat dalam penubuhan kem latihan ketenteraan jaringan pengganas Aceh di Pergunungan Jalin, Jantho, Aceh Besar serta merancang, menggerakkan, terlibat dalam pemuafakatan dan membiayai pelbagai kegiatan keganasan.

Beliau juga dituduh terlibat dalam jenayah rompakan oleh sekumpulan perompak bersenjata di sebuah bank di Medan tahun lepas.


Ba’asyir berhadapan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Tuduhan terhadapnya dibacakan pendakwa di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pagi ini, yang dikawal ketat lebih 1,000 anggota polis sebagai langkah keselamatan daripada ratusan penyokong ulama itu yang berdemonstrasi di luar mahkamah membantah penahanan dan tuduhan ke atasnya. - Bernama

Tiada ulasan: