Sabtu, September 18, 2010

Taksub bos punca mangsa dibunuh, pekerja bukan 'team samseng' dan kaitan suspek dengan dakwaan jenayah culik dan bunuh sebelum ini! MESTI BACA!

Taksub bos punca mangsa dibunuh

sumber dari sini dan sini




KUALA LUMPUR - Taksub kepada majikan dipercayai menjadi punca enam pekerja Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Banting sanggup melakukan pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, terdapat di kalangan pekerja itu telah 15 tahun bekerja dengan majikan itu. 

"Mereka bukan ahli kumpulan samseng tetapi suspek pekerja terbabit terlalu taksub dengan arahan yang diberikan," katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini. (sumber)

Menurut beliau, berdasarkan pengakuan empat daripada enam pekerja itu, mereka menyatakan mangsa-mangsa telah diikat, dipukul, ditikam dan dibakar sebelum abu kesemua mayat itu di buang ke dalam Sungai Panchau.

BAKRI (kiri) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam.


Perbuatan kejam itu ada kaitan dengan majikan mereka yang dipercayai turut berada di lokasi kejadian. 


Berikutan kejadian itu, kata Bakri, polis yakin telah melengkapkan kertas siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan menghentikan operasi mencari bahan bukti di sekitar Ladang Gadong.

Sementara itu, mengenai aset suspek utama yang dikatakan mencecah ratusan juta ringgit, Mohd. Bakri memberitahu, kesemua harta suspek sama ada di dalam atau luar negara telah dibekukan.(sumber)

"Polis percaya kes pembunuhan empat mangsa itu telah dapat diselesaikan berdasarkan urutan peristiwa, tindakan-tindakan dan juga bukti yang telah diperoleh.

"Kita akan mengemukakan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara, berkemungkinan minggu hadapan," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam

Mohd. Bakri berkata, suspek turut disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dalam tujuh kes penipuan di Selangor sejak dua tahun lalu. 

Beliau memberitahu, suspek juga dikaitkan dengan empat lagi kes jenayah iaitu satu pembunuhan dan tiga kes culik. Kes pembunuhan itu membabitkan seorang wanita berusia 35 tahun yang dibunuh di hadapan rumahnya di Banting, manakala tiga kes culik membabitkan tiga lelaki iaitu seorang ahli perniagaan dari India dan dua rakyat tempatan. "Mereka juga berkemungkinan telah dibunuh," katanya. Sumber dari sini

Tiada ulasan: