Selasa, September 28, 2010

Animasi Jepun paling bahaya ditonton kanak-kanak. Filem Malaysia macam mana?

 Artis Malaysia juga bila berlakon, tak jaga pakaian.. hukum hakam sesama bukan mahram... itu juga memberi kesan, namun siapakah yang akan menegur LPF ini???

 Mas AF- 'gelek' di Tawau pada saat banjir melanda Kpg Pasir Puteh.. dalam Program Juara Rakyat! 

Inikah yang kita harapkan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat???
 
27/09/2010 6:09pm

KOTA BAHARU 27 Sept. - Filem Animasi Jepun adalah antara DVD yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini hari ini.

Tiada ulasan: