Sabtu, Jun 25, 2011

Provokasi halang Bersih 2.0 di Perlis? SIAPA LAH YANG KOTOQ TU?

SUMBER
Bashir Ishak   
KANGAR, 24 Jun: PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan ketegangan rasa kebencian di kalangan penduduk di negeri ini.

Pagi tadi penduduk di sekitar Kangar dikejutkan dengan insiden sebuah kereta Toyota Camry telah disembur dengan cat hijau bertulisan "Bersih 2.0". Kejadian berlaku di sebuah lorong di belakang Pasaraya Aneka dekat sini.

Tidak jauh dari situ pula, dinding sebuah premis pula disembur dengan cat hijau dengan perkataan "Hidup PAS", manakala dinding pagar di sebuah premis berdekatan Masjid Syed Alwi pula disembur dengan tulisan "Joint Bersih 2.0" .

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan, PAS Perlis menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam perkara tersebut sambil menyifatkannya sebagai satu perbuatan provokatif yang bertujuan menimbulkan ketegangan di dalam masyarakat.

"Tindakan seperti ini mungkin perbuatan budak-budak nakal atau pihak yang didalangi pertubuhan tertentu dan merupakan salah satu cubaan memburukan imej Bersih dan menyuburkan bibit-bibit kebencian di kalangan rakyat.

"PAS Perlis tidak terbabit dengan perbuatan sebegini dan pimpinan PAS sendiri tidak akan mengizinkan ahlinya melakukan perbuatan bodoh dan tak bertamadun seperti ini," jelasnya.

Tiada ulasan: