Selasa, Oktober 26, 2010

MB dan Ir Phahrolrazi sedang menggali lubang kubur PRU ke 13?


sumber

25 October 2010


Tulisan oleh: LAH 47, SUNGAI LIMAU.

Saya tertarik untuk mengulas isu yang ditulis oleh Zulkifli Yahaya berhubung ‘Rasional kuota perumahan 50-50 di Kedah’. Terlebih dahulu nak ucapkan tahniah kepada Sdr Zul yang tak habis-habis mempertahankan kerajaan Ustaz Azizan Razak walau apa pun yang Menteri Besar itu lakukan. Sesuai benarlah jawatan beliau sebagai Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, walaupun ada pihak yang cuba menyingkirkan beliau dari jawatan tersebut tapi tak berjaya kerana tak ada orang yang layak untuk ‘merasionalkan’ segala tindak tanduk Ustaz Azizan Razak dalam semua keadaan.

Cara beliau mengulas isu kuota 50-50 seolah-olah tiada masalah langsung di kalangan masyarakat Cina Kedah tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak seperti yang digambarkan.

Kebetulan saya mempunyai ramai kawan-kawan Cina. Hampir setiap orang Cina yang saya temui, satu soalan yang mesti saya ajukan: Macam mana kerajaan PAS Kedah sekarang? Rationya dalam 10 yang ditemui, 7 memberi jawapan yang sangat negative.  
 
Mudah cakapnya, jika pilihanraya diadakan sekarang di Kedah; 70% orang Cina akan memihak BN dan hanya 30% menyokong PAS atau PR. Sebabnya ialah isu kuota perumahan 50-50.

Semua tahu bahawa antara faktor kemenangan PAS dalam PRU ke 12 lalu ialah kerana sokongan besar orang Cina kepada PR. PAS kalah di banyak kerusi yang majoriti Melayunya tinggi dan menang di kawasan yang terdapat pengundi Cina agak besar. Congak mudahnya, jika undi Cina beralih pula pada BN maka tumbanglah kerajaan PAS Kedah.

Oh ya, mungkin masih ada yang tak faham isu kuota 50-50. Mudah saja nak faham: Mana-mana tanah simpanan Melayu yang nak dibuat perumahan, jika mahu ditukar status kepada free hold supaya boleh dijual kepada semua kaum, maka hendaklah dicari ganti tanah (swapping) dengan keluasan yang sama. Bila dah jadi tanah free hold, maka bolehlah rumah-rumah yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu. Kadar jualan yang dibenarkan begini: Di zaman BN, 30 kepada Bumiputera dan 70 peratus kepada bukan Bumiputera. Di masa PAS kini, 50 peratus mesti dijual kepada Bumiputera manakala 50 peratus lagi terbuka.

Secara terang-terangan syarat zaman BN memang merugikan Melayu kerana hanya 30 peratus boleh dibeli oleh Bumiputera, manakala 70 peratus lagi untuk bukan Bumiputera. Sepatutnya 70 peratus lagi terbuka, maksudnya siapa saja boleh beli. Memang pemimpin Umno bangang dalam mempertahankan hak Melayu. Ia boleh diperbetulkan di zaman PAS, tetapi MB dan Datuk Ir Phahrolrazi mengambil pendekatan yang sangat radikal sehingga membangkitkan kemarahan orang Cina. Sepatutnya mereka jangan gopoh sangat, berbincang elok-elok terutama dgn rakan parti komponen yang lain.

Apabila diperkenalkan kuota 50-50, rata-rata pemaju yang ditemui bukan menolak mentah-mentah. Tetapi masalahnya ialah mereka sudah membeli tanah tersebut sebelum dari dasar 50-50 diperkenalkan. Tanah yang dibeli di kawasan bandar atau pinggir bandar sangat mahal, jika 50 peratus terpaksa dijual kepada Bumiputera harganya tentu tidak boleh tinggi kerana orang Melayu mana ada duit nak beli. Lagipun untuk Bumiputera kena beri diskaun. Mungkin itu cuma alasan pemaju, biasalah peniaga, terutamanya Cina selalu berkata, “aiyaa kak, mana ada untung, saja mau bagi sama kak saja..” Walhal harga tu pun memang dia dah tokak.

Tapi yang menimbulkan kemarahan pemaju ialah apabila kuota 50-50 itu tiba-tiba dibekukan. Pemaju jadi panic. Duit sudah banyak dikeluarkan untuk belanja projek. Daripada rugi teruk, baik untung sikit, maka pemaju pun datang jumpa Phahrolrazi untuk tawarkan, “kami nak jual dekat Bumiputera 70 peratus, bukan Bumiputera 30 peratus.” Tujuannya untuk dapat kelulusan projek. Wah, cepat pula Phahrolrazi bersetuju. Bukan satu syarikat tetapi khabarnya dah 7 syarikat ‘dengan persetujuan sendiri’ membuka syarat jualan kepada 70 peratus Bumiputera. Khabar terbaru lebih dari tujuh, entahlah. Ia semacam perangkap yang dipasang pemaju untuk mengenakan kerajaan PAS Kedah.

Sekarang semua surat-surat syarat jualan 70 peratus Bumiputera yang dikeluarkan Jabatan Tanah dan Galian itu dibongkar satu persatu oleh Gerakan dan MCA. Siapa yang dedahkan kepada MCA dan Gerakan kalau bukan pemaju.

Kalau anda pandai baca akhbar Cina, lihat semua akhbar Cina, hampir tiap-tiap hari isu kuota perumahan ini dimainkan untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah kononnya buat polisi senyap-senyap, penipu dan sebagainya.

Phahrolrazi mengaku bahawa tanah Simpanan Melayu yang diswapping cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan. Kalau dah tinggal sedikit macam itu, buat apa kelam-kabut sangat MB dan Phahrolrazi nak buat polisi yang membangkitkan kemarahan orang Cina?

Bukan salah buat polisi yang menguntungkan Melayu, tetapi berbincanglah dulu dengan rakan-rakan PR supaya pendekatan yang dibuat dapat diterima semua. Jangan ketepikan kelab penyokong PAS, DAP dan PKR.
Jangan lupa juga dapatkan pandangan dari pemimpin2 PAS sendiri, yang tiada dalam kerajaan. Lihatlah sekarang antara yang menentangnya ialah semua ADUN bukan Melayu dalam PR, sekalipun mereka tu Exco.

Apabila ada pihak mendesak supaya Ustaz Azizan laksanakan Islam dengan lebih jelas macam Kelantan, beliau selalu beri alasan, kita tak cukup kerusi bergantung harap dengan PKR dan DAP. Kena tengok juga sikap DAP dan PKR. Tapi bila mai isu kuota perumahan, Ustaz Azizan tak ambil kira pula DAP dan PKR.

Keperluan untuk mendapat kuasa pemerintahan adalah untuk melakukan pelbagai perubahan ke arah kebaikan. Perubahan mungkin tak boleh dilakukan dalam masa singkat dan untuk semua perkara. Tetapi andainya dengan isu kuota perumahan ini Cina marah dan kerajaan PAS tumbang maka bukan setakat hak Melayu melalui kuota 50-50 ini tak dapat dipertahankan, bahkan segala mak nenek kebaikan juga tak dapat dibuat. Nak buat macam mana dah jadi pembangkang masa tu.

MB dan Phahrolrazi kena fikir dengan serius sama ada untuk tarik balik kuota ni atau cari jalan penyelesaian yang tak menimbulkan kemarahan orang Cina. Tak rugi berundur setapak untuk membolehkan kita melangkah seribu langkah.

MB dan Phahrolrazi kena terbuka untuk dengar sama pandangan orang lain jangan dok kira ‘keras kepala’ pakai idea sendiri saja. Jangan dok keras sokmo. Seluruh ahli PAS dan penyokong PR akan maki kamu jika akibat salah perhitungan kamu maka PR tumbang dalam PRU ke 13 nanti di Kedah.

Tiada ulasan: