Selasa, Oktober 05, 2010

Haji: Kumpulan pertama jemaah berlepas 9 Okt.

SEREMBAN 3 Okt. - Kumpulan pertama daripada 26,000 jemaah haji Malaysia akan berlepas ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada 9 Oktober ini.

Pengurus Besar Kanan (Pelaburan) Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Abd. Kadir Sahlan berkata, kumpulan seterusnya akan menyusul setiap hari selepas tarikh tersebut.

''Kumpulan terakhir jemaah haji pula akan bertolak pada 9 November depan," katanya ketika ditemui pada majlis penutup Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Sembilan di Stadium Tertutup Nilai di sini hari ini.

Menurutnya, setiap kumpulan itu akan berada di Mekah selama 42 hari.

Dalam pada itu Abd. Kadir memberitahu, pada tahun ini Tabung Haji telah membelanjakan hampir RM3 juta untuk menyediakan kursus haji kepada jemaah terlibat.

Tiada ulasan: