Ahad, Mei 20, 2012

Rata-rata penyokong Bersih 3.0 pelanggan Mydin.. KENAPA MYDIN RASA TERKILAN?

SUMBER

Subky Latif, 20 Mei 2012
SEBAHAGIAN besar dari sekitar 300,000 orang yang turun ke jalan menyokong Bersih 3.0 di Kuala Lumpur 28 Arpil 2012 lalu ada pelanggan pasaraya Mydin di semua gedungnya di seluruh negara.
Yang tidak turun yang jumlahnya adalah ramai adalah penyokong perniagaan Mydin itu. Selian dari ia dapat membekalkan kebanyakan yang diperlukan oleh pelanggan, mereka menyokongnya kerana ia adalah gedung perniagaan rakyat negara.

Oleh kerana  Mydin itu orang  Islam, maka ada hukumnya  dalam Islam bahawa orang  Islam mesti menyokong perniagaan orang Islam. Jika ia untung ia akan berzakat dan cerita lain yang manfaatnya melempang kepada Islam dan manusia seluruhnya.

Pejuang keadilan tidak bercadang untuk menyusah dan mengganggu perniagaannya apa lagi untuk  mendatangkan  kerugian kepadanya, tetapi mereka akan tersinggung apabila perniagaan Mydin menyesali tindakan mereka menuntut sistem pilihanraya adil dan bersih telah merugikan perniagaannya lebih sejuta pada hari tunjuk perasaaan itu.

Saya terlihat di TV saudagar perniagaan itu menyebut betapa tindakan rakyat itu telah menyusahkan orang ramai dan mengganggu perniagaan hingga menyebabkan beberapa gedungnya di kawasaan  tumpuan tunjuk perasaan itu tidak berniaga.

Pada hal hujung bulan orang baru dapat gaji, di hujung minggu orang perpusu-pusu membeli belah. Kerana gangguan  tunjuk perasaan itu banyak gedung perniagaan dan gerai tidak beroperasi. Perniagaannya sendiri ditaksirkan kerugian sejuta lebih hari itu.

Dia pertikai Bersih 3.0 menggunakan tempat strategik untuk kegiatan itu.
Dari nada cakap dia menyesali tindakan Bersih 3.0 itu malah ia juga menanggung rugi kerana Bersih 2.0.

Kita terima hakikat mana-mana peniaga yang membuka perniagaannya sehari atau beberapa hari atas apa-apa sebab jua, ia mengalami kerugian. Seperti cuti umum, ia akan  rugi.

Banyak mana peniagaan di sekitar Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah rugi kerana tidak berniaga di waktu solat?

Tetapi ramai mana pula peniaga di berbagai bidang mengaut keuntungan dari kehadiran ratus ribu orang itu. Peniaga air botol  saja untung banyak mana.

Restoran yang cerdik menjalankan perniagaannya. Hanya penyokong kerajaan yang  rasuah dan menindas rakyat yang menutup perniagaan.

Jika perniagaan menghadapi risiko, adakah kerana kehadiran tunjuk perasaan itu atau reaksi polis yang berlebihan menyebabkan ada  risiko itu?

Mydin jangan fikir kerugian sejuta hari itu. Pelanggannya yang perlukan sesuatu tidak turun hari itu  saja. Esoknya mereka dan membeli apa yang tidak diberi hari itu. Atau mereka sudah memberi satu dua hari ssebelumnya kerana mereka tahu tentang kesesakan unjuk rasa itu. Apa pun kerugian satu hari itu dapaat ditampung sama satu dua hari selepasnya atau sebelumnya.

Cepat atau lewat pelanggannya akan datang juga.

Dia patut berfikir begitu. Jangan menyesali pelanggannya menunjuk perasaan bersama hari itu sedang hari lain mereka ke gedungnya. Ribuan orang yang disesali Mydin itu adalah orang yang menyebabkan dia kaya raya.

Patut dan bijakkah dia menyesali tindakan mereka?

Mydin mesti sedar tuntutan mereka ada untuk mendapatkan perjalanan pilihanraya yang adil  dan bersih. Dengan pilihanraya bersih itu mungkin kerajaan yang bersih dapat diwujudkan. Ratus ribu orang turun itu mahukan perubahan, mahu menolak kerajaan dan pemimpin yang  rasuah dan menindas.

Pemerintah yang rasuah dan tidak kompiten boleh menghuru-harakan negara seperti Mesir, Syria dan lain-lain. Ia juga menyebabkan negara muflis seperti Greece, Itali dan Sepanyol.

Jika bank di negara-negara itu boleh tumbang, maka gedung peniagaan seperti Mydin itu tidak boleh bertahan. Kalau rakyat sudah tidak berduit  dan tiada pekerjaan, gedung Mydin boleh tutup.

Jika kerajaan yang ada dapat ditukar dengan lebih baik, maka rakyat dan negara ada jaminan masa depan yang lebih baik. Jika kesan unjuk rasa itu menyebabkan kerajaan membetulkan kepincangannya dan pulih seperti sepatutnya atau  ia diganti dengan kerajaan yang lebih baik, gedung perniagaan seperti Mydin yang tetap meraih untung.

Sepatutnya ia berdiam  diri dan jangan menyakiti hati orang yang menuntut keadilan sedang mereka adalah pelanggannya juga. Jangan Mydin jadi pihak yang tidak berbuat apa-apa bagi mewujudkan pemerintahan yang adil. Jangan fikirkan keuntungan saja, belaslah sama terhadap orang yang  tertindas.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

INILAH, BODOH, BANGGA OWANG PAS INI. BOLEH PI KATA RUGI BILA PI KATUP KEDAI TYME NAK MAYANG. BODOH TAHAP MANALAH SETAN YANG MASUK DALAM JASAD AMPA INI?

YANG JADI 3.0 KAT MALAYSIA INI BUKAN SEBAB JUAK2 AMPA NAK PI JIHAD MENEGAKAN ISLAM! TAPI JUAK2 AMPA YANG BODOH LAGI TAK TAHU NAK KATA KAT AMAPA SUMA INI APA DAH.. TAPI SEBAB AMAP SUKA LGBT KAT MALAYSIA INI TERTEGAK DENGAN GAHNYA..DENGAN GELARAN NEGARA ISLAM YANG DULUNYA DI PERJUANGAKAN TAPI TUKAQ, PI NEGARA KEBAJIKAN?

KEBAJIKAN KA?

KAT TAMAN AKU, SAMPAH XMY AMBEK PUNN!!! TUNGGU SEMINGGU BARU NAK MY KUTIP! JADAHH APA...PAS PERINTAH INI?

ZAMAN UMNO PUN XJADI MACM INI?

TAW.. KAT UMAH OWANG2 KAYA KAT TAMAN AKU DEPA LEH PLAK PI UPAH OWANG2 DEPA JALAN KAKI PI KUTIP SAMPAH,, SANGGUP PAS TENGGOK BANGSA MELAYU JADI BALACI CINA KAT TAMAN AKU!

WAL HAL, YANG OWANG MELAYU LAIN MARAH.. SURUH KAMI2 SUMA PI BUANG SAMPAH KAT TEMPAT BUANG SAMPAH KAT UJONG TAMAN TUH... PEHH.. NEGARA BERKEBAJIKAN KOT...

PIRAAHH..
KATA2 PUNJANGG MUFTI PERAK BUAT AMPA JUAK YANG PEKAK


"Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka."

Tanpa Nama berkata...

INILAH, BODOH, BANGGAN OWANG PAS INI. BOLEH PI KATA RUGI BILA PI KATUP KEDAI TYME NAK MAYANG. BODOH TAHAP MANALAH SETAN YANG MASUK DALAM JASAD AMPA INI?

YANG JADI 3.0 KAT MALAYSIA INI BUKAN SEBAB JUAK2 AMPA NAK PI JIHAD MENEGAKAN ISLAM! TAPI JUAK2 AMPA YANG BODOH LAGI TAK TAHU NAK KATA KAT AMAPA SUMA INI APA DAH.. TAPI SEBAB AMAP SUKA LGBT KAT MALAYSIA INI TERTEGAK DENGAN GAHNYA..DENGAN GELARAN NEGARA ISLAM YANG DULUNYA DI PERJUANGAKAN TAPI TUKAQ, PI NEGARA KEBAJIKAN?

KEBAJIKAN KA?

KAT TAMAN AKU, SAMPAH XMY AMBEK PUNN!!! TUNGGU SEMINGGU BARU NAK MY KUTIP! JADAHH APA...PAS PERINTAH INI?

ZAMAN UMNO PUN XJADI MACM INI?

TAW.. KAT UMAH OWANG2 KAYA KAT TAMAN AKU DEPA LEH PLAK PI UPAH OWANG2 DEPA JALAN KAKI PI KUTIP SAMPAH,, SANGGUP PAS TENGGOK BANGSA MELAYU JADI BALACI CINA KAT TAMAN AKU!

WAL HAL, YANG OWANG MELAYU LAIN MARAH.. SURUH KAMI2 SUMA PI BUANG SAMPAH KAT TEMPAT BUANG SAMPAH KAT UJONG TAMAN TUH... PEHH.. NEGARA BERKEBAJIKAN KOT...

PIRAAHH..
KATA2 PUNJANGG MUFTI PERAK BUAT AMPA JUAK YANG PEKAK


"Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka."