Isnin, Mei 07, 2012

Datuk Bandar: Perhimpunan hasil 8 tan sampah??? BANYAKNYA...

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanggung kos sebanyak kira-kira RM300,000 ekoran perhimpunan BERSIH 3.0.

Katanya, kerugian tersebut termasuk kerosakan pada lanskap dan kos membersihkan kira-kira 8 tan sampah sarap di sekitar kawasan perhimpunan di ibu negara.

"Kita sudah cakap. Kita kata jangan buat sampah. Tapi pada hari itu, lapan tan sampah. Semuanya sampah atas jalan raya. Kamu cakap bersih, tapi semuanya kotor. Atas jalan semua kotor.

"Jadi siapa sebenarnya yang mendapat faedah. Kita sudah beritahu daripada awal, tapi beradablah. Orang lain juga di tempat lain, buat tunjuk perasaan, tapi mereka tak buat kotor," katanya.

Tiada ulasan: