Khamis, Mei 31, 2012

Penyampai Radio Free Sarawak ditahan di Sabah, apa salah dia???

sumber

Penyampai Radio Free Sarawak ditahan pagi ini di lapangan terbang Kota Kinabalu ketika cuba mengambil penerbangan ke Miri.

Menurut stesen anti ketua menteri Sarawak yang berpangkalan di London itu, Peter John Jaban - yang menggunakan nama Papa Orang Utan - "ditahan, diambil gambar dan difotokopi dokumennya sebelum diiring ke kapal terbang".

"Kami sedang menunggu maklumat kenapa beliau ditahan," kata stesen itu dalam kenyataannya hari ini.
Peter ketika ditahan sedang bercuti dan merancang pulang ke Sarawak bagi menemui anggota keluarga dan merayakan Hari Gawai.

Tiada ulasan: