SUMBER
2011/10/10
SHAH ALAM: Sultan Selangor bertitah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Kompleks Dream Centre di Petaling Jaya 3 Ogos lalu adalah selaras dengan bidang kuasanya dan berpuas hati bahawa tindakan itu "betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang" di Selangor. Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda sendiri sudah meneliti laporan JAIS berhubung pemeriksaan ke atas gereja itu semasa majlis Thanks Giving Dinner dan selepas mendapat nasihat pakar agama dan undang-undang, baginda bersetuju supaya tiada pendakwaan dikenakan terhadap mana-mana pihak.
Sultan Sharafuddin juga menitahkan JAIS supaya memberi kaunseling kepada orang Islam yang menghadiri majlis itu bagi memulihkan akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam.
Baginda turut menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan