Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata menerusi karnival terbabit, Jakim akan menyebarkan maklumat mengenai garis panduan yang wajar dipatuhi penganjur.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Buku 'Koleksi Doa Imam Masjid Negara' terbitan Masjid Negara dan Karnival BEST (Buat Elok Saja Tau).
Katanya karnival hiburan yang bakal dianjur Jakim itu menyamai Karnival BEST tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari di Laman 1Malaysia, Putrajaya, bermula 28 Okt ini.
"Kami akan menunjukkan bagaimana seharusnya penganjur karnival hiburan membuat karnival hiburan. Tidak salah untuk menganjurkannya namun haruslah dengan cara yang sesuai dan sewajarnya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan