Rabu, Oktober 19, 2011

Pasangan curi kereta sara anak? > AKHIR ZAMAN, CARI PENDAPATAN KREATIF YANG BERDOSA!

Pasangan curi kereta sara anak


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
AMPANG: Sepasang suami isteri menjadikan kegiatan mencuri kereta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebagai punca pendapatan utama untuk menyara anak lelaki mereka yang berusia lapan tahun sejak hampir dua tahun lalu.

Bagaimanapun, kegiatan haram mereka itu berakhir sebaik diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di kawasan Pandan Perdana, di sini, 12 Oktober lalu.

Difahamkan, anak lelaki pasangan terbabit kini berada di bawah jagaan salah seorang ahli keluarga pasangan itu sebaik ibu bapa mereka ditahan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pasangan berusia 32 dan 42 tahun itu diberkas selepas sepasukan polis mengesyaki kereta dipandu suspek dilaporkan disamun berhampiran Pandan Perdana.

“Berikutan penahanan itu, polis turut merampas pelbagai barangan iaitu komputer riba, lima peralatan elektronik, kunci kereta, pengecas telefon bimbit dan sebilah parang panjang berukuran 36 sentimeter dalam kereta jenis Proton Saga dipandu suspek.

“Hasil penemuan pelbagai barangan itu, polis menahan suspek untuk siasatan lanjut. Polis kemudian membawa suspek ke rumah mereka di Flat Pandan Perdana,” katanya ketika sidang media di Balai Polis Pandan Indah, di sini, semalam.

Tiada ulasan: