Rabu, Oktober 19, 2011

SAJAK BERANTAI OLEH PELAJAR PMR 2011 SEMPENA PROGRAM SELEPAS PMR 2011. JOM LAYAN!!!!

Tuesday, October 18, 2011

Bakat-bakat terpendam di SMKUT dalam Sajak Berantai

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT VIDEO


Assalamualikum w.b.t dan selamat petang semua. Kali ni aku ingin kongsikan apa yang berlaku, yang betul-betul dekat dengan persekitaranku sekarang ni. Video di atas sebenarnya rakaman yg berlaku pada hari ini, iaitu program selepas PMR dalam slot " Sajak Berantai ". Korang pernah tak dengar benda nih??? Mungkin ada yang dah pernah dengar atau mungkin kali pertama mendengarnya. Zaman aku dulu benda-benda macam ni takde. Kalau ada pun orang just baca secara perseorangan atau pun berdua.

Actually, mereka ( seramai 10 orang ) adalah selection daripada beberapa kumpulan yang aku  pilih secara spontan pagi tadi setelah meneliti video rakaman kelmarin (yang sudah pastinya rakaman kelmarin yang haru biru) huhu...Rakaman Special Edition ini merupakan atas permintan daripada rakan sejawat untuk menghasilkan satu sampel video yang akan disertakan bersama kertas kerja bagi program Mari Membaca anjuran PSS ke PPDT dan seterusnya diusulkan kepada Pengarah JPNS. Dan dengar-dengarnya, aktiviti itu nanti melibatkan sehingga peringkat Negeri yang berlangsung di Tawau. Apapun keputusan proposal itu, kita tunggu dan lihat saja nanti...(tenang Kak Gayyah) hihi....

Ok...kita berbalik pula kepada sajak berantai tuh.. Sebenarnya aku sedikit berbangga dengan budak-budak ini. Dengan arahan dan sedikit bimbingan, mereka mampu buat yang aku boleh kata memang "terbaek wohh". Sampai aku dengar 1st entry dia tuh, naik meremang bulu tengkuk aku. Bukannya apa  sebab memang di luar jangkaan aku bila mengingatkan rakaman sajak berantai setiap kumpulan kelmarin. Tapi apabila gabungan dibuat di kalangan mereka yang komited, tak sangka hasilnya memuaskan walaupun ada sedikit kesilapan teknikal..(jika korang jumpa sesuatu yg pelik dalam rakaman, anggap la ia sekadar gimik) kih..kih.... Namun begitu, aku anggap ia hanyalah kesilapan kecik je sebab aku punya tujuan sendiri mengapa 'dia' ku pilih untuk turut serta. Akhir kalam, terima kasih buat anak-anak didik yang sporting atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan rakaman tadi. Hopefully komitmen korang semua berterusan sampai akhir program dan seterusnya sampai  la bila-bila....cheese! (^_^) \m/

p/s : kpd yg x terpilih tadi tu jangan kecik hati yek...next time bagi peluang utk korang lak... :)

Tiada ulasan: