Selasa, Mei 26, 2009

BN MERANCANG, BETUL... TAPII ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...

ALHAMDULILLAH.. sebagai manusia, usaha telah dibuat.. sebelum tawakkal.. mencuba... saya ingat DS Nizar dan rakan-rakan berusaha... hanya allah belum benarkan lagi di dunia mata kasar.. dalamwaktu begini.. semua umat Islam di Malaysia mesti beriman akan kuasa Allah sebagai PERANCANG TERBAIK!

Apakah rancanganNya itu? pada saat-saat kemelut begini.. manusia di Malaysia melihat BN tidak konsisten masuk pilihanraya.. Penanti tidak, Manek Urai ya.. alasan, ikut perlembagaan? kalau BN menang pun di Kelantan, tak boleh memerintah.. baik, tak payah bertanding... ini semua Allah perancangan Allah, kematian..

Di Perak, belum selesai lagi.. isu puasa sunat dan mogok lapar terus menghantui polis dan BN serta pihak istana.. banyak OT pihak polis sekarang.. apa perancangan Allah? manusia akan melihat bagaimana BN menangani masalah awam.. polis yang kasar bila menahan adun serta ahli parlimen...

Bukan sahaja DUN Perak ada 2 MB.. nah sekarang PPP pun bermesyuarat dan ada 2 Presiden.. PM DS Najib pun nak merujuk ROS bagi pengesahan status PPP dalam akta pertubuhan.. he he.. malulah parti komponen BN pun tak hantar laporan kewangan sejak 2002 kalau tak silap.. siapa merancang benda ini tersebar? Allah merancang... dah pengerusi PPP Johor nak buat repot polis sekarang terhadap Senator T Murugiah kerana buat mesyuarat agung luar..

Lihatlah... Allah merancang 1 persatu.. PAS boleh merancang tapi tidak sehebat Allah... Insaflah juga kita... kan kan.. betul betul betull...

Tiada ulasan: